Thursday, December 31, 2009
Industri Zina; UMNO hanya melepas batuk di tangga
Seringkali kita akan dapat lihat paparan media cetak dan letronik arus perdana mengenai tindakan pihak polis memberkas gadis-gadis warga China yang memasuki negara ini secara sah, kemudian menceburkan diri sebagai pelayan pelanggan GRO atau gadis pelacur “call girl”. Kita mahu diyakinkan seolah-olah kegiatan tidak bermoral itu berpusat di sekitar Lembah Klang saja seperti yang berlaku kepada 34 orang gadis warga China di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur kelmarin ataupun 23 orang lagi di Subang Jaya semalam. Kita juga mahu diyakinkan bahawa kegiatan tidak bermoral ini dilakukan tanpa paksaan dan bukan kegiatan sindiket pelacuran. Alasan yang diberi adalah bahawa kelab-kelab malam tersebut merupakan lubuk-lubuk yang dapat memberikan pendapatan yang sangat lumayan. Maka cukuplah sekadar pihak polis memberkas gadis-gadis yang terlibat bersama-sama beberapa pelanggan dan pengusaha kelab-kelab malam tersebut. Gadis-gadis berkenaan akan dihantar balik ke negara asal mereka melalui tindakan mahkamah ataupun tindakan pihak Jabatan Imegresen. Selepas itu sesekali kita akan dapati kegiatan itu berulang lagi. Sebenarnya adakah kegiatan ini tidak berlaku di bandar-bandar besar lain sekitar negara kita? Benarkah kegiatan ini hanya bersifat terpencil dan secara kebetulan bukan kegiatan sindiket pelacuran yang mempunyai rangkaian dengan cartel antarabangsa? Sesungguhnya kita melihat kegiatan tidak bermoral ini sudah menjadi satu industri yang lebih sesuai digelar industri zina yang melibatkan jenayah dan penyeludupan serta dagangan manusia antara sempadan negara-negara Asia Tenggara khususnya. Sebenarnya sejak tahun-tahun 60an lagi kita telah mengetahui kegiatan-kegiatan ini berleluasa dari laporan badan-badan NGO hak asasi manusia dan Interpol selaku pemantau polis antarabangsa. Laporan-laporan berikut mengesahkan bahawa kegiatan ini adalah suatu kegiatan yang terancang melibatkan cartel antarabangsa. Laporan itu juga membuktikan bahawa berlakunya rasuah dan penyelewangan pihak-pihak berkuasa tempatan. Dewan Muslimat PAS Pusat sangat kecewa dengan langkah-langkah kerajaan yang dilihat memandang kegiatan industri zina dengan sebelah mata saja. Adalah tidak memadai dengan sekadar tindakan memberkas pihak polis yang sudah menjadi rutin dalam kalender tugasan mereka. Adalah tidak semudah itu juga untuk membenteras sepenuhnya kegiatan tidak bermoral itu hanya dengan tindakan pihak polis saja. Kerajaan perlu memberikan komitmen yang tinggi dan mengambil langkah yang berkesan dan bersepadu daripada semua agensi dan jabatan-jabatan yang berkaitan seperti polis, imigresen, jabatan kehakiman, kementerian pelancongan, kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain. Persepsi masyarakat melihat kerajaan tidak serius untuk membendung dan membentras industri zina ini. Disamping itu tidak dilihat usaha-usaha kerajaan memberikan penerangan dan mendidik masyarakat bahawa kegiatan tidak bermoral ini akan mengancam keharmonian masyarakat dan negara. Masih belum terlambat bagi kerajaan UMNO/BN untuk mengambil usaha-usaha yang konkrit bagi menangani kemelut ini. Kegiatan-kegiatan ini mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia. Kita tidak mahu negara kita terkenal sebagai sebuah “syurga pelacuran” dan ekonomi negara dikuasai oleh industri zina ini. Kita akan lihat sejauhmana UMNO/BN benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan masyarakat di negara kita ini seperti kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu memastikan negara kita sebagai “baldatun taiyyibah wa rabbun ghafur” baru-baru ini. Ataupun kenyataan itu satu lagi tradisi retorika UMNO/BN yang “catak serakin” – cakap tak serupa bikin. Nuridah Mohd Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat 2 Disember 2009
Monday, December 28, 2009
Derita Rakyat Didahulukan, Pencapaian Kroni Diutamakan
Sesekali menulis, kemudian berehat, bukan berehat apa, tetapi melihatkan terlalu banyak peristiwa yang berlaku di dalam Negara Malaysia yang kucintai ini, menjadikan terkedu dan terkesima dibuatnya.
Berbagai desakan dan gesaan yang mengkehendaki kerajaan bersifat lebih telus dan berintegriti memerintah negara, tetapi kerajaan UMNO-BN terus dengan sifat dan corak yang sama sahaja. Senyap dan tuli sahaja, seolah-olah segala kebejatan yang berlaku adalah perkara biasa, yang rakyat harus terima bulat-bulat. Apa nak jadi dengan kerajaan ini ??!!
Apakah kerajaan sekarang ini ada kerja (agenda) lain yang telah menyebukkan mereka? Tidak sempat itu dan tidak sempat ini? Apa tugas mereka sebenarnya? Segala perkara dalam Negara ini tak selesai. Hendakkan rakyat-miskin sifar, tapi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) akan diperkenalkan. Hendakkan rakyat bekerja keras, yang memiliki gerai-gerai makan kecil disita.
Terlalu banyak perkara yang kerajaan dahulukan untuk rakyat. Biarlah rakyat ini didahulukan. Didahulukan dalam menangani segala kepayahan dan kerumitan, biarlah rakyat yang hidup di bawah tahap kemiskinan merasa betapa peritnya hidup, nak saji makan malam sekeluarga pun berkira-kira nak makan apa. Biar rakyat rasa makanan yang enak bukan untuk mereka, tetapi untuk kaum-kerabat kerajaan yang memerintah.
Biar rakyat dididik bahawa kerajaan dan kaum-kerabat mereka yang memerintah berhak makan di hotel 5 bintang, berhak tinggal di kediaman-kediaman mewah. Biar rakyat tahu bahawa mereka mesti diperah keringat, supaya pihak memerintah dan kaum-kerabat mereka dapat hidup senang dengan memerah dan mencuri keringat rakyat. Rakyat kena kerja siang dan malam. Rakyat kena faham itu semua...kerana hakikatnya, RAKYAT DIDAHULUKAN!
Cuti persekolahan akan berakhir dan anak-anak akan memasuki musim persekolahan tahun 2010. Terlalu banyak wang perbelanjaan yang diperlukan untuk memulakan sekolah. Kalaulah RM100juta ITU (dua buah enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang itu berharga RM50 juta setiap satunya) dapat diagihkan kepada ibu-bapa di seluruh Malaysia di hari pertama persekolahan, pasti semua ibu-bapa merasa bertuahnya mereka menjadi rakyat Malaysia yang dapat mendaftarkan anak-anak masuk ke sekolah, anak-anak dapat belajar dan dapat duit lagi.
Tetapi bukan, jangan mimpi! PENCAPAIAN DIUTAMAKAN! Pencapaian untuk kroni diutamakan.
Dalam isu GST, mengambil contoh syarikat telekomunikasi yang besar, kerajaan masih memberi perlepasan cukai pada beberapa syarikat komunikasi tempatan yang sudah berjaya. Sehingga mereka mampu menawarkan perkhidmatan ke luar negara dan disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Perlepasan cukai itu menyebabkan syarikat-syarikat telekomunikasi terbabit mendapat keuntungan besar dan keuntungan besarnya juga adalah kerana tidak membayar cukai. Oleh itu, pencapaian keuntungan besar ini mesti diteruskan.
Tetapi, kerajaan kini kehabisan wang. Yang berpunca daripada ketirisan, rasuah, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat kerana melaksanakan projek-projek yang tidak mendatangkan faedah sama-sekali kepada rakyat. Oleh itu, kerajaan yang inovatif terus memikirkan cara untuk mendapat duit, diperkenalkanlah GST: Gagau Semua Tempat, maka rakyatlah menjadi sasaran. Maka GST ini perlulah dikenakan pada rakyat.
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Pemerintahan Islam yang tidak bercanggah dengan mana-mana ideologi, mengkehendaki agar setiap pemerintah mesti menyediakan beberapa perkara asas keperluan rakyat. Ini termasuklan tempat kediaman, pendidikan dan sistem ekonomi yang stabil yang dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya. Akibat daripada kegagalan menyediakan prasarana ini, rakyat dan Negara tidak berasa aman dan selesa dan menanti untuk melakukan perubahan.
PAS dan rakan PR sebagai Pemimpin Perubahan mesti bersedia mengambil tanggung-jawab perubahan yang dinantikan ini dalam masa terdekat. Ahli dan pemimpin mesti berganding-bahu menunjukkan komitmen dan komited dalam penyaluran hasil-kerja yang berkesan.
PAS terutamanya sebagai ’The King Maker’ dan Muslimat khususnya yang telah membuktikan prestasi memberansangkan dalam banyak kerja-kerja kebajikan akan terus menggandakan tenaga dan menyemarakkan lagi usaha agar semua rumah di Malaysia ini diziarahi oleh Muslimat, samada dalam hal KBSM (perkahwinan, bersalin, sakit dan Kematian) atau MOSWA (orang miskin, OKU, Sakit, Warga Emas dan Armalah).
Insya-Allah Tahun Baru Hijrah 1431H ini, rakyat Malaysia mesti mengajak minda mengorak langkah berhijrah ke arena yang lebih baik. Allah hu Akbar!
HJH SALBIAH ABD WAHAB
Ketua PeranganDewan Muslimat PAS Pusat
Sunday, December 13, 2009
Pengantin baru pun merempit!
Petikan SinarHarian 12 Disember
Kuala Terengganu-Sepasang suami isteri yang juga pengantin baru ditahan pois dipercayai menjadi dalang utama kegiatan ’samseng jalanan’ dalam operasi khas mencegah lumba haram di sekitar bandaraya ini, awal pagi semalam(12 disember).
Pasangan tersebut yang dipercayai melibatkan diri dalam aktiviti tidak bermoral itu sejak beberapa bulan lalu pada mulanya dikatakan cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis.
Namun kecekapan pihak berkuasa yang membuat perancangan rapi berjaya menggagalkan helah tersebut, lalu menahan pasangan yang menaiki motorsikal Honda EX5 dan dikatakan baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam operasi berdekatan kampung Padang Midin.
sumber : http://dppkt.wordpress.com dipetik dari sinar harian
Saturday, December 12, 2009
Dr. Lo’ Lo’ Cadang Doktor ke Pedalaman Diberi Kursus Khas
KUALA LUMPUR, 8 Dis - Dr. Lo’Lo’ Ghazali (PAS-Titiwangsa) mencadangkan agar kementerian Kesihatan Malaysia memberikan kursus khas kepada doktor perubatan yang baru berkhidmat sebelum dihantar ke kawasan pedalaman.
Lo’ Lo’ sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi ingin tahu sama ada perkara itu telah dilalaksanakan kementerian atau tidak.
Ini kerana ujarnya, terdapat masalah doktor yang masih baru di klinik kesihatan dan tidak dapat menggunakan peralatan perubatan dengan baik.
"Saya mencadangkan sebelum doktor-doktor muda dihantar ke kawasan pedalaman, mereka diberikan kursus khas contohnya bagaimana untuk menggunakan mesin ultrasound,"
"Ini penting supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna contohnya untuk membaca dan mentafsir keputusan x-ray dengan tepat," katanya.
Sebelum itu, Dato’ Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) meminta Menteri Kesihatan menyatakan samaada kawasan pedalaman di seluruh negara disempurnakan dengan sekurang-kurangnya klinik kesihatan atau tidak khususnya di negeri Sarawak.
Beliau juga ingin tahu samaada setiap klinik kesihatan tersebut dilengkapi kakitangan dan alat perubatan atau tidak serta jumlah peruntukan tahunan Kementerian untuk tujuan tersebut.
Timbalan Menteri, Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BN-Papar) memberitahu Kementerian telah membina lebih 3000 klinik kesihatan, klinik kesihatan ibu dan anak dan klinik desa dan 80 peratus daripada kinik-klinik tersebut terletak di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.
Tiong King Sing bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan sebaliknya menyifatkan ianya ‘hanya cantik di atas kertas’ namun gagal dari segi pelaksanaan.
Membidas jawapan Rosnah bahawa 95 peratus rakyat diliputi oleh sebuah fasiliti kesihatan yang berada dalam lingkungan 5 kilometer, beliau berkata di Bintulu, klinik sangat sukar ditemui.
"Di Bintulu, 50 kilometer belum tentu ada klinik,Menteri silalah turun padang lihat sendiri keadaan kami di sana," katanya.
dipetik dari http://muslimat.pas.org.my
PENGHARGAAN
"Jutaan Terima kasih buat ustaz Nik Zawawi kerana melancarkan blog muslimat PAS Kawasan Dungun"
Penyokong & Pendokong
Archive
Labels
- berita dari terengganu (4)
- dari dmpp (3)
- dari web pas (2)
- Datuk Harun Din (1)
- Dr. Lo'Lo' (1)
- isu (4)
- jenayah (1)
- kalimah Allah (6)
- Kelantan (1)
- kesihatan (1)
- konvensyen muslimat terengganu (1)
- mesyuarat agung (1)
- Nik Aziz (1)
- pakatan rakyat (1)
- rempit (1)
- ustazah nuridah (2)
Blogroll
-
Keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan akhbar mingguan Herald Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" dalam penerbi...
-
Konvenseyen Muslimat Terengganu yang berlansung pada 6 Februari 2010 dalam suasana meriah dengan kehadiran yang membanggakan. Tahniah pihak ...
-
Mesyuarat muslimat PAS kawasan Dungun berlansung dengan meriah. Ramai muslimat berkumpul bagi meraikan perhimpunan yang diadakan setahun sek...