KOTA BHARU, 25 Jan: Pelbagai pihak di sini mahu kerajaan negeri mempertahankan tuntutan royalti minyak dan bukan wang ihsan seperti dicanang pemimpin Umno.
Malah mereka menganggap ketegasan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan melantik wakil kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Wang Ihsan di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai tepat.
Pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusoff berkata, kerajaan negeri perlu mempertahankan hak ke atas royalti sebagaimana termaktub dalam Akta Petroleum 1974.
Katanya, kerajaan pusat sebenarnya tidak ada hak ke atas royalti tersebut kerana perjanjian dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas dan bukan kerajaan pusat.
“Sekarang kita pun hairan dari mana pula kuasa kerajaan pusat untuk menentukan royalti menjadi wang ihsan.
“Ini langsung telah melanggarkan lunas-lunas federalisme yang dilaungkan kerajaan sejak merdeka,” katanya di sini.
Semalam, Menteri Besar Kelantan menolak pelantikan wakil kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan yang akan diletak di bawah JPP.
Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin memberitahu kerajaan pusat akan menubuh jawatankuasa terbabit bagi menentukan kaedah penyaluran wang ihsan hasil petroleum yang dicari gali di perairan Kelantan.
Dr Abdul Halim bimbang wang ihsan hanya akan menjadi alat politik kepada pemerintah dan bukan bagi memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
“Tidak mustahil ia akan menjadi alat kepada kempen Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang seperti pernah berlaku di Terengganu,” ujarnya.
Oleh itu, beliau menyokong pendirian Menteri Besar menolak menghantar sebarang wakil dalam Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan.
Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyokong penuh pendirian tegas Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi mempertahankan hak Kelantan ke atas royalti minyak.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tidak berbangkit sama sekalik kewujudan Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan kerana ia bertentangan dengan perjanjian yang ditandatangani berpuluh tahun lalu.
“Sepatutnya kerajaan negeri yang mencadangkan pelantikan wakil kerajaan pusat dalam jawatankuasa royalti minyak kerana ia menjadi hak mutlak kerajaan negeri.
“Dan JPP pula suatu entiti yang tidak sepatutnya wujud kerana jabatan itu hanya ada di negeri-negeri yang BN kalah. Peranan JPP bercanggah dengan konsep federalisme.
“Oleh itu Dewan Pemuda mencadangkan JPP dibubarkan sekiranya benar Perdana Menteri mahu mengamalkan konsep 1Malaysia,” ujarnya.
Tuesday, January 26, 2010
Sunday, January 17, 2010
antara pandangan lain tentang isu kalimah ALLah
Published :
7:21 AM
Author :
penerangan muslimat dungun
Seruan Sebelum Bertindak Diam
Semasa berkuliah di Surau al-Naim Wangsa Maju tempoh hari, saya telah menyentuh sedikit berkenaan dengan hal ini dalam suasana kita membincangkan Surah al-Kahf sebagai benteng penyelamat dalam konflik di antara Iman dan Materialisma (fitnah intelektual Dajjal).
Isunya ialah, keperluan kita untuk melihat isu penggunaan kalimah Allah di dalam The Herald secara yang lebih tersirat berbanding dengan hanya menghukum pada yang tersurat. Itu kehendak Surah al-Kahfi, yakni Muslim mesti menjadi good observant dan tekun melaksanakan contemplation (zikir dan fikir).
Secara tersurat, penggunaan kalimah Allah memang harus diguna pakai oleh Muslim dan non Muslim tanpa sebarang halangan nas. Pendapat ini juga disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Sheikh Wahbah al-Zuhaili semasa mereka berkunjung ke Malaysia.
Justeru pandangan-pandangan yang bersetuju dengan keputusan mahkamah tentang membenarkan penggunaan itu, merupakan pandangan yang berpegang dengan apa yang tersurat.
Tetapi istilah-istilah di dalam Islam, menempuh proses kemasukan dan pengeluaran makna akibat interaksi persekitaran dengan istilah tersebut.
Rujukan kita ialah Surah al-Baqarah ayat 104.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Baqarah 2: 104]
bagaimana tatkala Yahudi mengejek-ejek Rasulullah s.a.w dengan menggunakan perkataan yang double meaning iaitu RA’INA, Allah melarang penggunaan kalimah RA’INA di kalangan umat Islam, sebaliknya diperintahkan agar menggunakan kalimah UNZURNA dah ISMA’U yang memberikan makna yang sama, tetapi mempunyai konotasi yang bersih daripada fitnah.
Jika kita tidak setuju dengan keputusan mahkamah ini, maka inilah alasan kita. Tidak mahu lafz al-Jalalah yakni ALLAH menjadi double meaning dalam suasana semasa dan akan datang yang banyak fitnah ini.
HAIRAN DENGAN MOTIF
Mengapa kita mengambil kira pandangan tersirat ini? Sebabnya ialah, kita hairan dengan sikap The Herald yang melanggar authoriti mereka sendiri iaitu Pope di Vatican City malah membelakangkan pandangan mainstream dalam agama Kristian Katholik yang menentang penggunaan kalimah Allah dalam ritual dan preaching mereka. Malah kita ragu-ragu dengan sikap tidak peduli The Herald terhadap teguran Dr. R. Albert Mohler, Jr.kepada Bishop Muskens yang mahu perkataan Allah diguna pakai dalam preaching mereka. Jika pandangan itu dianggap tidak valid kerana perbezaan Mazhab antara Katholik dan Protestan, justeru kita meminta supaya The Herald merujuk kepada Vatican City dan bukan mengheret isu ini ke mahkamah.
Bagaimana sebuah institusi Katholik yang sangat menekankan mesej keamanan dan kasih sayang tiba-tiba mengambil jalan agresif melalui mahkamah untuk menuntut hak mereka. Justeru tindakan mereka ini amat meragukan di kedua belah pihak Muslim dan Kristian. Kita ada sebab untuk mengesyakinya.
Jadi, seruan saya di Surau al-Naim tempoh hari ialah supaya isu ini dihalusi sebab penentuan sikap bukanlah hanya berdasarkan makna daripada nas, memandangkan semua nas berkaitan adalah bersifat zanniyyah. Sebaliknya isu ini mesti mengambil kira analisa historical, epistemological, theological dan semantic.
PENCEMARAN
Tetapi diskusi berkaitan hal ini telah dicemari oleh penyebaran persepsi bahawa menyokong keputusan mahkamah bererti menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat manakala membantahnya pula bererti bercita rasakan UMNO. Justeru meleret-leretlah polemik PAS yang dituduh menggadai prinsip kerana mengikut kehendak PKR dan DAP manakala UMNO pula dikutuk kerana setelah banyak tanggungjawab agama diremehkan, tiba-tiba mahu menjadi juara dalam isu ini.
Segalanya menjadi hodoh apabila rumusan akhirnya berlegar di situ.
Itulah serba sedikit rumusan saya. Tetapi memandangkan isu ini menjadi sangat menghuru-harakan keadaan, maka saya berhenti mengulasnya dan mendatangkan Di Jalan Pegangan Yang Masih Gelap Itu sebagai sikap muktamad saya.
Wallahu A’lam.
Saturday, January 16, 2010
Rakyat ditinggalkan, Malaysia tanpa PM dan TPM
Published :
5:47 PM
Author :
penerangan muslimat dungun
Ditulis oleh Dato' Hj. Mahfuz Omar |
FRIDAY, 15 JANUARY 2010 03:15 |
Negara sedang menghadapi ancaman pergaduhan kaum dan agama, apa yang membimbangkan rakyat ialah kerajaan seperti hilang kawalan dimana setiap kali jaminan kerajaan (KDN) dan POLIS bahawa keadaan terkawal maka setiap kali itulah juga ada kejadian baru seperti pencerobohan terhadap pejabat peguam majalah Herald dan simbahan cat berwarna merah kesebuah gereja di Kota Tinggi berlaku semalam. Kejadian simbahan cat merah digereja Kota Tinggi dan pencerobohan pejabat peguam majalah herald menunjukkan keadaan negara dalam bahaya, malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila kerajaan seperti tiada langkah yang berkesan dan konkrit dalam mengatasi masalah perhubungan antara kaum dan agama, sedangkan selama ini kerajaan sering melaungkan negara-negara luar begitu kagum melihat formula Malaysia dalam mengurus rakyat pelbagai kaum dan agama. Ternyata peristiwa mutakhir ini menunjukkan kerajaan tiada suatu formula dan plan induk yang jelas untuk melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati dan saling memahami antara kaum dan agama. Kerajaan ternyata tidak serius dalam menangani permasalahan ini dan ini dibuktikan apabila PM dan TPM meninggalkan rakyat dan negara dan berada diluar negara diwaktu negara dalam kerisis. Saya tahu pemergian mereka ada lah juga tugas untuk negara. Walaupun saya percaya TPM akan pulang dalam sehari dua ini,tapi bagi saya tidak wajar berlaku sama ada negara dalam keadaan tenang atau tegang kedua2 pemimpin utama tiada dalam negara walaupun satu hari dalam satu masa. Apatah lagi seorang PM bila negara berada dalam keadan tegang kerana isu perkauman dan keagamaan tidak wajar meninggalkan negara. Ini menunjuk tiada penyelarasan dan kesepatan serta ketidak sehaluan antara kedua pemimpin utama. Rakyat didahulukan tidak diterjemahkan dan direalisasikan sebaliknya rakyat ditinggalkan untuk pergaduhan hasil provokasi politik yang dipenuhi dengan kebusukkan politik. "RAKYAT DIDAHULUKAN vs RAKYAT DITINGGALKAN" "MALAYSIA TANPA PM DAN TPM" |
Ketuap Pemuda UMNO Terengganu dapat projek 300 juta?
Published :
5:40 PM
Author :
penerangan muslimat dungun
KUALA TERENGGANU – Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong bernilai RM300 juta dianugerahkan kepada M.Hakujaya Sdn Bhd.
M.Hakujaya adalah dipercayai sebuah syarikat pembinaan milik Saiful Bahri Baharudin yang juga Ketua Pemuda Umno negeri Terengganu.
M.Hakujaya adalah dipercayai sebuah syarikat pembinaan milik Saiful Bahri Baharudin yang juga Ketua Pemuda Umno negeri Terengganu.
Maklumat yang dipaparkan dalam Direktori CIDB menyatakan M.Hakujaya Sdn Bhd beralamat di Wisma MZ Lot 1241, Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.
Rekod perolehan projek-projek kerajaan menunjukkan betapa ‘kayanya’ Ketua Pemuda Umno Terengganu itu.
M.Hakujaya, syarikat pembinaan Gred G7 itu telah mendapat kontrak pembinaan sebanyak hampir RM200 juta sejak tahun 1997.
Yang terbaru, sebelum dianugerahkan Projek Jalan dan Jambatan Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong, syarikat tersebut baru saja mendapat projek Pembangunan Projek Pendidikan Bg Sek. Keb. Kompleks Tembesu (24 Bilik Darjah), Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, yang bernilai RM23 juta pada 30 September, 2009
Dalam melaksanakan projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong MZ Hakujaya didakwa tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan penduduk dan pemilik yang terlibat
kerajaan BN terengganu terlibat dgn demonstrasi?
Published :
5:30 PM
Author :
penerangan muslimat dungun
KUALA TERENGGANU – Apakah benar pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu terlibat dengan penganjuran Demonstrasi atau Rapat Umum isu penggunaan kalimah Allah di Batu Burok Jumaat lalu, 8 Januari?
Persoalan ini adalah sesuatu yang amat berat untuk ditanya mahu pun kalau mahu dijawab!
Namun mungkin Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong (sekiranya masih lagi di pejabat) boleh menjawab, mengapakah kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu berada bersama para demonstran pada waktu dan hari tersebut? Atau, mungkin Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Ahmad Said boleh memberikan penjelasan atau ‘pendedahan’ (perkataan sensasi yang selalu digunakan) bagaimana pihak kerajaan boleh memberikan khidmat kepada satu program yang ‘haram’ disisi undang-undang!
Tinjauan wartawan Buletinonline ada hari tersebut, sebuah lori milik kerajaan negeri Terengganu berada dibelakang pentas dimana para peserta himpunan ‘haram’ tersebut berkumpul.
Apabila disemak, didapati, alat siaraya yang digunakan dalam perhimpunan ‘haram’ itu adalah disyakki disediakan kemudahannya oleh pihak yang membawa lori yang bertulis ‘Pejabat Setiausaha kerajaan Terengganu’.
Manakala sekurang-kurangnya salah seorang peserta, dengan jelas memakai baju berlambangkan ‘dacing’ menunjukkan dengan jelas bahawa Umno dan Barisan Nasional terlibat dalam penganjuran rapat umum yang berjaya mengapi-apikan semangat ‘membabi buta’ orang ramai.
Sunday, January 10, 2010
Forum "Allah; siapa punya ?"anjuran bersama FPF & PMIUM dan KLSCAH
Published :
5:58 PM
Author :
penerangan muslimat dungun
Keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan akhbar mingguan Herald Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" dalam penerbitannya telah menggemparkan masyarakat di negara kita khususnya masyarakat Melayu-Islam.
Lantas, pelbagai pihak telah melontarkan pandangan dan kupasan samada berbantuk ilmiah, emosi bahkan tidak kurang juga yang memanipulasikan isu ini untuk kepentingan politik dan meraih populariti.
Oleh itu, dengan penganjuran bersama FPF & PMIUM dan KLSCAH pada kali ini akan mengetengahkan satu lagi siri perbincangan umum bagi mendapatkan kupasan lanjut berkaitan isu ini untuk dihidangkan kepada pendengar.
Forum pada kali ini akan menjemput panelis yang memiliki latar belakang berbeza untuk melontarkan pandangan-pandangan yang pelbagai dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan bernas untuk diharmonikan kearah "mutual understanding" dalam membentuk masyarakat sivil dan negara Malaysia yang demokratik.
----------------
Penelis:
Panelis 1: YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam.
Panelis 2: Dr Mohd Farid Mohd Shahran, pengerusi Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Panelis 3: Sdr. Eddin Khoo , budayawan, penulis dan pengkaji agama.
Panelis 4: Dr Azwira A. Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Panelis 5: Dr. Khalif Muammar, Felo di Institut Islam dan Tamadun Melayu (ATMA) Uni. Kebangsaan Malaysia (UKM).
Panelis 6: Sdr. Hasmi Hashim, penulis.
Panelis 7: Mohammad Faisal Abd. Aziz, presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Pandangan Datuk harun Din berkenaan isu kalimah Allah
Published :
4:27 PM
Author :
penerangan muslimat dungun
Pandangan Datuk Harun Din I
Pandangan Dr. Harun Din Bahagian II
Pandangan Dr. Harun Din Bahagian II
Jangan Politikkan Isu Kalimah Allah
Published :
4:15 PM
Author :
penerangan muslimat dungun
KUALA LUMPUR, 5 Jan - PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.
Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.
Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama," kata kenyataan itu.
PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.
"PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi.
Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.
Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.
Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.
Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.
Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.
Saturday, January 9, 2010
Muslimat Pemangkin Perubahan
Published :
5:30 PM
Author :
penerangan muslimat dungun
(Teks ini telah dibacakan oleh YB Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat di Himpunan Muslimat PAS Perak pada 24 Oktober 2009 yang lalu)
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan dan ahli-ahli Dewan Muslimat PAS Perak kerana berjaya mengadakan himpunan muslimat – “Semarakkan One-black Perak” ini.
Sayugia kita mengambil perhatian yang berat bahawa himpunan ini adalah tanda protes dan amarah kita yang mesti kita luah dan semarakkan kepada rakyat.
Kita menentang habis-habisan strategi jahat UMNO Barisan Nasional yang telah memerangkap 2 orang exco kerajaan Pakatan Rakyat dengan ugutan dan kes rasuah di mana akhirnya menjadikan isu tersebut sebagai batu loncatan untuk menculik dan merasuah serta memaksa mereka bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak untuk memihak dan menyokong BN. Turut diculik juga ialah seorang wakil BN yang baru saja menyertai Pakatan Rakyat.
Maka berlakulah kudeta (coup de tat) one black Perak ini dan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak demokratik. Tindakan jahat dan rakus UMNO BN ini bukanlah buat kali pertama, malah merupakan ulangan terhadap sejarah hitam tumbangnya kerajaan PAS di Terengganu pada 1961 dan kerajaan PBS di Sabah pimpinan Datok Seri Pairin Kitingan pada 1994 yang lalu.
Justeru itu tidak ada alasan syarie’ bagi kita untuk berpeluk tubuh memerhatikan saja kemungkaran yang telah berlaku di depan mata kita. Sesungguhnya dalam usaha kita mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran itu, para muslimat perlu bangkit bersama-sama secara terancang dan bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan yang lebih baik.
Muslimat yang dikasihi sekalian,
Sebelum saya berbicara terus kepada tajuk amanat yang diberikan kepada saya –“Muslimat Pemangkin Perubahan” terlebih dahulu saya mohon berbanyak maaf kerana tidak dapat bersama-sama anda semua pada himpunan kali ini disebabkan komitmen program yang telah dirancang lebih awal untuk lawatan saya ke luar negara dari 21 hingga 30 Oktober ini.
Topik “Muslimat Pemangkin Perubahan” adalah manifestasi gerak kerja yang besar dan merupakan satu tanggungjawab yang berat untuk kita pikul bersama. Tetapi demi kedaulatan Islam yang masih tidak mampu dinobatkan di bumi tercinta ini, juga demi keadilan sejagat yang menuntut kesejahteraan rakyat, para muslimat mesti bangun, berani dan bersungguh-sungguh menyinsing lengan bersama-sama melaksanakan tugas dan amanah ini.
Muslimat yang dikasihi sekalian,
Sesungguhnya apabila disebut muslimat, sebenarnya siapakah insan itu? Jika kita rujuk al-Quran “muslimat” adalah gelaran daripada Allah s.w.t seperti firmanNya dalam ayat 78, surah al-Hajj yang bermaksud:
“ Ia Allah menamakan kamu muslimin sejak dari zaman berzaman dan juga (kamu dipanggil muslimin) di dalam kitab al-Quran…”
Oleh itu muslimat dari sudut kemanusiaan tidak berbeza dengan muslimin kerana asal-usul kejadian kita semua adalah satu. Ertinya Islam telah meletakkan persamaan gender sejak dulu lagi, tidak seperti yang dilaung-laungkan apa yang dikatakan sebagai “gender inequality” oleh puak-puak liberal sekarang. Manifestasi ini dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran pada ayat 189, surah al-‘Araf yang bermaksud:
“ Dialah yang menjadikan kamu daripada jiwa yang satu (nabi Adam a.s.)……”
Justeru itu muslimat yang dikasihi sekalian, muslimat yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t itu adalah kita semua. Kitalah wanita-wanita Islam pendokong Parti Islam SeMalaysia – PAS yang tidak kenal penat lelah berjuang untuk meninggikan dan menegakkan syariat Allah s.w.t yang lengkap dan bermanafaat untuk semua insan, tidak kira apa bangsa dan paras rupa serta agama anutan mereka di bumi tercinta ini.
Oleh itu tugas yang terpikul kepada kita untuk membawa perubahan yang lebih baik secara jelas para muslimat disebut, diminta dan dirayu menjadi “pemangkin” kepada perubahan itu.
Muslimat yang dikasihi sekalian,
Apakah pula yang dimaksudkan sebagai “pemangkin”? Merujuk kepada kamus DBP, pemangkin adalah faktor atau unsur yang dapat mempercepatkan atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dan sama erti dengan catalyst (dalam Bahasa Inggeris).
Maka selaku pemangkin untuk melakukan satu perubahan yang lebih baik kita perlu kepada ciri-ciri utama atau sifat-sifat berikut :
1. Penyuluh – petunjuk kepada matlamat yang terang dan jelas. Selaku penyuluh muslimat perlulah memahami matlamat atau objektif yang hendak dicapai dan bagaimana untuk mencapainya,
2. Pendorong – mempertingkatkan keazaman dan kesungguhan untuk mencapai matlamat. Membantu membina sikap yang istiqamah dan fokus terhadap tugas dan tuntutan yang telah diamanahkan,
3. Pembimbing – membantu dan menunjuk ajar dalam melaksanakan tugas ke arah pencapaian yang cemerlang. Membina sikap agar tidak takut untuk mencuba, tidak phobia terhadap kegagalan. Berani kerana benar dan tidak segan untuk bertanya jika tidak tahu.
4. Pemantau – muhasabah, mengawas, memerhati dan menilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Membina sikap berani memberi teguran ikhlas serta mengakui kesilapan dan memperbetul tatacara, kerana asasnya mengikut hukum fiqh matlamat tidak menghalalkan cara, mestilah semua gerak kerja berlandaskan cara Islam.
5. Pengiktiraf – memberikan pujian atau pengiktirafan terhadap kejayaan dan kecemerlangan pelaksanaan satu-satu tugas. Memberikan kata-kata semangat agar para muslimat merasai benar-benar hasil kerja yang ia jalankan. Bak kata-kata pendorong dalam Bahasa Inggeris - “give credit to where it is due”.
Kesimpulannya, dalam usaha mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran, setiap tenaga muslimat harus bersedia dilatih sebagai pemangkin yang efektif dan berjaya dibentuk menjadi mujahidah solehah yang amat prihatin dan memahami sasaran dakwahnya.
Seharusnya seluruh tenaga muslimat Perak khasnya dan merata muslimat di Malaysia ini amnya mengambil semangat dan iktibar daripada ikon-ikon pemangkin mujahidin dan mujahidah Islam di sepanjang zaman. Ikon sebagai contoh teladan seperti Sultan Muhammad al-Fateh remaja Islam yang telah menawan kota Constantinople yang sekarang bergelar Istanbul ataupun Salahuddin al-Ayubi yang telah menawan kembali kota suci Baitul Mukaddis, selain ikon contoh teladan paling unggul Rasulullah s.a.w. bukannya “Madonna’’ ataupun “Mariah Carey”.
Akhirnya marilah kita sama-sama memanjatkan doa, bermunajat memohon agar Allah s.w.t memudahkan segala gerak kerja kita dan mengembalikan hak rakyat Perak untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan. Ingatlah pesanan baginda Rasulullah s.a.w bahawa doa itu adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.
Wa Allahu ‘alam bis sawab.
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Pusat
24 Oktober 2009
Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan

Saturday, January 2, 2010
Muslimat DUN Rantau Abang rai pelajar kurang berkemampuan
Published :
8:29 AM
Author :
penerangan muslimat dungun
Dungun, 31 Disember 2009, Setiap kali bermula kembali sessi persekolahan, ramai ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan perlu dibeli. Menyedari masalah yang dihadapi oleh ibu bapa, atas dasar keprihatinan, Muslimat DUN Rantau Abang tampil menghulur sedikit bantuan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang kurang berada. Majlis yang dinamakan Majlis Bantuan Kebajikan Muslimat DUN diadakan pada 31 Disember 2009 di PASTI Pulau Serai jam 3.00 petang. Seramai 5 orang penerima bantuan dari kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah dari setiap cawangan dipilih bagi menerima bantuan tersebut. majlis yang berakhir sekitar jam 5.00 petang itu, dihadiri juga oleh ibu bapa para penerima bantuan, pengerusi MTD Rantau Abang, Ketua Muslimat DUN Rantau Abang, serta para AJK muslimat DUN.
Majlis Bantuan Kebajikan Muslimat R Abg on PhotoPeach
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGHARGAAN
"Jutaan Terima kasih buat ustaz Nik Zawawi kerana melancarkan blog muslimat PAS Kawasan Dungun"
Penyokong & Pendokong
Archive
-
▼
2010
(12)
-
▼
January
(10)
- Royalti, pendirian tegas Nik Aziz Disokong
- antara pandangan lain tentang isu kalimah ALLah
- Rakyat ditinggalkan, Malaysia tanpa PM dan TPM
- Ketuap Pemuda UMNO Terengganu dapat projek 300 juta?
- kerajaan BN terengganu terlibat dgn demonstrasi?
- Forum "Allah; siapa punya ?"anjuran bersama FPF & ...
- Pandangan Datuk harun Din berkenaan isu kalimah Allah
- Jangan Politikkan Isu Kalimah Allah
- Muslimat Pemangkin Perubahan
- Muslimat DUN Rantau Abang rai pelajar kurang berke...
-
▼
January
(10)
Labels
- berita dari terengganu (4)
- dari dmpp (3)
- dari web pas (2)
- Datuk Harun Din (1)
- Dr. Lo'Lo' (1)
- isu (4)
- jenayah (1)
- kalimah Allah (6)
- Kelantan (1)
- kesihatan (1)
- konvensyen muslimat terengganu (1)
- mesyuarat agung (1)
- Nik Aziz (1)
- pakatan rakyat (1)
- rempit (1)
- ustazah nuridah (2)
Blogroll
-
Keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini membenarkan akhbar mingguan Herald Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" dalam penerbi...
-
Konvenseyen Muslimat Terengganu yang berlansung pada 6 Februari 2010 dalam suasana meriah dengan kehadiran yang membanggakan. Tahniah pihak ...
-
Mesyuarat muslimat PAS kawasan Dungun berlansung dengan meriah. Ramai muslimat berkumpul bagi meraikan perhimpunan yang diadakan setahun sek...